Jumaat, 11 Disember 2009

Jangan guna cara UMNO - Anwar

ALOR SETAR 11 Dis. 2009 - Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang tidak menggunakan pendekatan UMNO dalam menarik perhatian rakyat terhadap parti itu.

Menurut beliau, pemimpin berkenaan perlu terus mendekatkan diri dengan rakyat bagi mendengar masalah dan keluhan mereka. Katanya, propaganda yang digunakan oleh UMNO seperti menyalurkan projek-projek kebajikan kepada rakyat tidak boleh digunakan oleh pemimpin pakatan pembangkang.

"Kita tidak boleh ulang pendekatan lama dan harus ada satu cara untuk mendekati rakyat. "Kita harus dengar, memahami masalah dan melibatkan rakyat di dalam projek-projek pembangunan," katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Konvensyen Majlis Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (WEHDAH) di Dewan Sri Mentaloon di sini hari ini. Menurut Anwar, pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri Kedah dalam menguruskan kewangan negeri dan sumber balak perlu dipuji.

"Pendekatan telus yang digunakan oleh kerajaan negeri Kedah dalam menguruskan hasil balak adalah salah satu pendekatan yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat. "Ini bukan perkara kecil dan bayangkan berapa banyak wang balak yang masuk ke dalam poket-poket orang tertentu sebelum ini," katanya.
(Sumber : Utusan Online 12 dec. 2009)

Isnin, 7 Disember 2009

Azizan minta rakyat tegur kesilapan kerajaan negeri

ALOR SETAR, 8 Dis 2009 : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak meminta rakyat negeri itu menegur dan memberitahu tindakan silap dan boleh dianggap zalim yang dilakukan kerajaan negeri.

Berucap pada himpunan bulanan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam beliau memberitahu, kerjasama rakyat itu sangat perlu bagi memudahkan kerajaan negeri bertindak segera bagi membetulkan segala kesilapan demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

"Saya mintak semua rakyat tolong tunjuk di mana kerajaan sekarang buat zalim supaya kita dapat baiki. "Kita mengaku tak semua kita buat adil, kita tak mahu nak jawab depan Tuhan," katanya ketika berucap dihadapan kakitangan dan pegawai kerajaan negeri semalam.

Pada perhimpunan tersebut beliau turut mengingatkan kesemua kakitangan kerajaan negeri cermat dalam menunaikan tanggungjawab pentadbiran agar tidak menzalimi rakyat.

Beliau tidak menolak kemungkinan, kerajaan negeri tidak terlepas dari melakukan perkara tersebut dalam urusan pentadbiran.

"Kita ni pegawai kerajaan. Saya menteri besar, ni ketua jabatan dan exco, kadang-kadang kita buat perkara zalim kat orang, sengaja dan tidak sengaja.

"Saya tekan sangat jangan buat zalim pada orang," katanya . Lebih lebih lagi katanya, doa orang dizalimi langsung tidak terhijab dan akan dimakbulkan Allah.

Sehubungan itu semua kakitangan di semua peringkat ujarnya perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dalam melakukan tindakan yang boleh disifatkan sebagai zalim.

(Sumber : Harakahdaily)

Khamis, 5 November 2009

Kedah tingkatkan pendapatan hutan 205.5%

Kerajaan negeri Kedah berjaya meningkatkan pendapatan hasil hutan negeri sebanyak 205.5 peratus apabila pendekatan tender terbuka dilakukan. Peningkatan ini berjaya dibuat walaupun jumlah kawasan balak yang ditebang tidak meningkat, kata anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

"Semasa BN memerintah Kedah dahulu balak yang diluluskan ditempat lain, tempat lain pula yang ditebang. "Sehektar balak milik rakyat yang untungnya mungkin mencapai puluhan ribu ringgit tetapi hanya RM1000 sahaja premiumnya kembali kepada kerajaan ketika itu. "Dengan tindakan terkini Datuk Seri Azizan membuka tender balak maka sekaligus ia melonjakkan pendapatan yang diraih oleh Kerajaan Negeri Kedah.

"Dengan tender terbuka ini perolehan pendapatan hutan ini telah meningkat 205.5 peratus jika dibandingkan semasa pentadbiran BN dahulu," katanya. Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah berkata, bagi tahun 2007 semasa Kedah ditadbir oleh Kerajaan BN pendapatan Kerajaan Negeri ketika itu hanyalah berjumlah RM9.21 juta dan kini telah meningkat kepada RM28.14 juta.

"Dengan peningkatan jumlah ini maka banyak manfaat dapat digunakan bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat negeri Kedah. Ini semua adalah ekoran kepimpinan kerajaan negeri yang memahami permainan politik balak yang telah dimainkan sebelum ini oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab,"katanya lagi.

Kerajaan negeri juga terpaksa berdepan dan menanggung kesilapan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum ini dengan mewariskan legasi hutang mereka berjumlah RM2 bilion.

Menurut Mohd Nasir, prestasi pentadbiran Kerajaan Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi tahun pertama sepertimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 menunjukkan kewangan Kedah adalah memuaskan.
Sumber : Harakahdaily – 6Nov. 2009)

Jumaat, 30 Oktober 2009

Alor Setar 27 Okt. 2009 — Dua lelaki termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram semasa cuba menghantar memorandum kepada Ketua Biro akhbar Kosmo Kedah, Ahmad Syahir Kassim di Bangunan Tunku, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, Ahmad dan seorang anggota Exco Dewan Pemuda Pas Kedah itu ditahan selama satu jam untuk diambil keterangan berhubung insiden yang berlaku kira-kira 4.30 petang. Beliau berkata, kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

"Polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menganjurkan perhimpunan haram tanpa permit dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

KEDAH 100 HARI

Sabtu, 26 September 2009

MAHFUZ JUMPA MB

ALOR SETAR, 26 Sept 2009 : Masalah longgokkan sampah terutama di kawasan perumahan di sekitar bandaraya ini, dijangka dapat diselesaikan awal November ini selepas sebuah syarikat swasta mengambil alih kerja-kerja mengangkut sisa buangan.

Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, masalah berkenaan masih tidak dapat diselesaikan, kerana syarikat terbabit yang sepatutnya mengambil alih tugas daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), terpaksa menangguhkan kerja mereka sejak 1 Sept lalu.

"Ini berikutan dari permintaan dari Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mahu menyemak semula terma-terma berkaitan nasib pekerja MBAS selepas penswastaan kerja-kerja mengangkut sampah.

"Sekarang lori-lori mereka sudah sampai, masalah ini kena selesai betul-betul supaya tidak jadi masalah berlarutan dan kita harap ia selesai pada November ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi beliau di Seri Mentaloon, di sini.

Ustaz Azizan memberi respon terhadap laporan media yang mendakwa bandar raya Alor Setar semakin kotor kerana terdapat banyak longgokan sampah yang tidak diangkut sehingga menyebabkan bau busuk. Menurutnya lagi, masalah berkenaan bukanlah perkara baru dan bukanlah salah kerajaan negeri.

"Dari segi pentadbiran, kita tak boleh buat apa-apa keran ini adalah permintaan dari Ceupacs sendiri. Kita menyedari tentang ketidakselesaan rakyat. Saya berasa dukacita dan memohon maaf kepada orang ramai yang berasa kurang selesa," ujarnya lagi.

Sabtu, 12 September 2009

Mahfuz ucap terima kasih kepada Dr M


KUALA LUMPUR, 13 Sept 2009 : Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa kemenangan yang akan diperolehi tidak akan kekal jika prestasinya lemah.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir yang memotivasikan lagi rakyat yang cintakan demokrasi dan kedaulatan undang-undang apabila bekas Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menyatakan Umno dan BN mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu.

"Dr Mahathir kata, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang. "Apa yang beliau nyatakan itu merupakan peringatan yang sangat berguna kepada Pakatan. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tun," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Serentak dengan itu, beliau menggesa para pemimpin Pakatan mengingati kembali kenyataan Dr Mahathir November lalu di mana bekas Perdana Menteri menyatakan bahawa parti-parti lawan BN sedang memberikan 'preview' jenis pemerintahan yang akan didirikan.

"Kita bertanggungjawab memberikan 'preview' yang menyenangkan hati rakyat dan bukan 'preview' yang menyebabkan mereka meluat untuk melihatnya," Mahfuz mengingatkan. Walaupun Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menunjukkan contoh yang baik dengan kehidupan sederhananya, kata beliau, ia tidak akan memberikan apa-apa makna jika tidak diikuti dengan bersungguh-sungguh oleh para pemimpin yang lain.

Mahfuz menyeru kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR dan para pemimpin PR memastikan diri mereka bersih dari gejala-gejala yang melanda Umno yang dinyatakan oleh Dr Mahathir. "Ketika (Presiden MIC, Datuk Seri S) Samy Vellu semalam menyatakan orang-orang India menyampah dengan BN, para pemimpin PR mestilah sedar bahawa bukan orang-orang India sahaja yang menyampah dengan BN malah sukar dinafikan bahawa majoriti rakyat negara ini menyampah dengan BN.

"Oleh itu, jika para pemimpin PR dilihat tidak berbeza dengan para pemimpin BN, rakyat akhirnya akan menyampah dengan PR," beliau mengingatkan. Ketika mengulas penolakan rakyat Jepun terhadap LDP yang memerintah negara itu sejak Perang Dunia Kedua, Dr Mahathir berkata, fenomena tersebut tidak mustahil berlaku terhadap BN.

Jika prestasi kerajaan BN dan parti-parti di dalamnya gagal meyakinkan, beliau tidak menolak kemungkinan para pengundi yang kecewa akan melakukan apa yang telah dilakukan para pengundi Jepun - menyingkirkan parti yang mereka sokong sejak lebih dari separuh abad.

"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan. "Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.

"Tidak ada apa-apa pun yang boleh ditunjukkan walaupun Petronas membayar RM250 bilion lebihan kepada kerajaan," katanya. Adalah menghairankan, kata Dr Mahathir, apabila didapati Malaysia ketinggalan di belakang jiran-jirannya. Negara ini, kata beliau, "bukan lagi negara yang terkehadapan di rantau ini. Tentunya tidak lagi boleh disifatkan sebagai negara contoh". Dr Mahathir berpendapat, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.

Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu menyaksikan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan LDP apabila memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu.
(sumber : Harakahdaily)

'Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya'

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN.
(Sumber : Malaysiakini - 12 Sep. 2009)

Arkib : Koleksi ucapan pemimpin

Rabu, 26 Ogos 2009

SULTAN PERKENAN RADZI GUGUR

LIM SOO NEE GANTI

ALOR SETAR, 26 Ogos 2009 : Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa Selasa, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, Rabu.

Menurut beliau lagi, Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.

Mohd Radzhi sebelum ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas. Berikutan tindakan itu, Azizan menghadap Sultan Kedah bagi menyerahkan surat memohon perkenan supaya Mohd Radzhi yang mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas digugurkan daripada jawatan Exco.

Tindakan itu dibuat berikutan Mohd. Radzhi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri bukan lagi mewakili komponen Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya menyifatkan tindakan Mohd Radzhi itu tidak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Mohd Radzhi sering dihebohkan dengan dakwaan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika menjadi Exco pula, dalam keadaan disifatkan sebagai gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga menyebabkian beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.
(Sumber : Zulkifli Sulong . Harakahdaily)

Selasa, 18 Ogos 2009

Mahkamah tinggi arah Berita Harian

bayar RM150 ribu kepada Mahfuz
Nazri Abdullah
Wed Aug 19, 09 10:26:30 am MYT
TERKINI- KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.
Berikutan itu satu sidang media khas akan diadakan jam 12 tengahari di Pejabat Pengurusan Harakah, No28,Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. Selain Mahfuz, akan hadir sama pada sidang media tersebut peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin.

Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta. Namun keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan. Perbicaraan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa.

Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram. Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman.

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran dan beliau kemudian ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa kepada Harakahdaily.

Jumaat, 14 Ogos 2009

SELAMAT BERTUGAS

KEPADA PAS KAWASAN POKOK SENA
Selamat Datang ke Permatang Pasir untuk menjalankan tugas dan selamat menyerjakan ibadah puasa.

Daripada : Teratak Impian Bukit Lala Pokok Sena, km 22 Jalan Kuala Nerang.

Rabu, 15 Julai 2009

KEDAH DAPAT PROJEK RM 3.5 BILION

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2009: Kedah bakal pesat membangun selepas ini apabila menerima projek hub penapisan minyak terbesar di negara ini yang bernilai RM35.7 bilion. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyaksikan pelancaran projek itu melalui majlis menandatangani perjanjian antara Merapoh Resources Corporation dengan para pelabur mereka.

Merapoh oil refinery di Yan, Kedah yang bernilai US$10 billion (RM35.7 billion) akan mempunyai kapasiti penapisan sebanyak 350,000 tong minyak sehari, sekali ganda kemampuan kilang yang kedua terbesar di Malaysia iaitu di Melaka.

Kilang ini akan dibangunkan oleh Merapoh Resources Corporation dan dananya akan disokong oleh pelabur antarabangsa. Kilang ini akan menapis minyak mentah dari Timur Tengah untuk diekspot kemudiannya ke China. Azizan berkata, kerajaan negeri menjangka, pelaburan untuk industri minyak dan gas akan bernilai RM80 bilion di masa depan dengan terbinanya hub ini.

Sumber : Siasahdaily

Rabu, 8 Julai 2009

MASALAH DI KEDAH SELESAI


KUALA LUMPUR, 9 Julai 2009 - Segala masalah yang timbul dalam Pakatan Rakyat Kedah sudah selesai jelas Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak. Beliau yang mengadakan pertemuan dengan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang menjelaskan satu jalan penyelesaian telah dicapai demi untuk memastikan kestabilan pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah.

Untuk mencapai tujuan tersebut sebuah sekretariat Pakatan Rakyat Kedah ditubuhkan untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul selepas ini. "Masalah yang timbul telah selesai dan semua pihak (DAP dan PAS) telah menjelaskan apa yang berlaku. "Ini soal 'rumahtangga' kita selesai sendiri tak perlu orang lain nak risau dan heboh-heboh," jelas beliau.

Azizan juga menjelaskan dalam pertemuan tersebut, beliau telah menerangkan mengenai isu kuota rumah kepada Lim Kit Siang dan pemimpin DAP yang turut hadir. Pemimpin DAP, tegas beliau dapat memahami apa sebenarnya berlaku dan menerima penjelasan beliau termasuk soal kuil yang turut dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.

Menjelaskan mengenai isu pusat penyembelihan babi, Azizan menjelaskan pihak kerajaan negeri telah mencapai kata sepakat bersama Persatuan Penyembelih Babi di Kedah untuk membina satu pusat penyembelihan yang berteknologi tinggi.

"Pusat penyembelihan baru itu nanti berteknologi tinggi dan ia tidak akan menganggu penduduk dalam soal bau busuk dan persekitaran," jelas beliau dalam satu sidang media bersama Lim Kit Siang di sini petang semalam. Sementara itu, Lim Kit Siang dalam sidang media itu menjelaskan DAP Kedah telah membentangkan memorandum isu yang menjadi perhatian rakyat dalam pertemuan hampir sejam bersama Menteri Besar Kedah itu.

Beliau turut gembira dengan hasil pertemuan tersebut kerana ia memberikan gambaran Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam masa yang singkat.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga menjelaskan, beliau akan memastikan akan ke Kedah sebulan sekali untuk memastikan kerjasama antara Pakatan Rakyat dapat dikukuhkan lagi.

"Segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan bijak dan saya gembira dengan pertemuan ini. "Hasil pertemuan ini ialah mengambil satu tindakan yang boleh mengatasi masalah yang dihadapi rakyat," jelas beliau. Beliau juga menjelaskan, kerjasama kukuh antara parti dalam Pakatan Rakyat akan diteruskan untuk memastikan Barisan Nasional dapat ditumbangkan dalam Pilihan Raya umum ke 13 nanti.

Sumber : Harakahdaily

Jumaat, 5 Jun 2009

MAHFUZ DAN AZIZAN MENANG

Jun 6 2009 9.31am
Timbalan presiden PAS - Nasharuddin Mat Isailihan parti itu


Naib presiden - Salahuddin Ayub yang mendapat 824
Tuan Ibrahim Tuan Man (871)
Mahfuz Omar (636)




Ahli Jawatankuasa Pusat PAS - Datuk Mohd Nizar Jamaluddin - 854 . Idris Ahmad - 799Kamaruddin Jaffar - 769. Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653. Datuk Dr Hassan Ali - 642. Dr Hatta Ramli - 638. Abdul Ghani Shamsudin 637. Datuk Abu Bakar Chik - 622. Mohamad Hanipa Maidin - 619. Amiruddin Hamzah - 606. Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589. Abdul Ghani Abdul Rahman - 584. Dr Zulkifli Ahmad - 576. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530. Hashim Jasin - 522. Mazlan Aliman - 513. Taib Azamuddin Mohd Taib - 508. Mujahid Yusof Rawa - 448
Wakil Kedah- 4 ORANG.

Rabu, 3 Jun 2009

KEDAH LULUS PROJEK DEPO MINYAK GURUN


Alor Setar : Kerajaan negeri Kedah hari ini meluluskan projek pembinaan depot simpanan minyak mentah di Gurun yang akan dikendalikan oleh Pristine Oil (M) Sdn Bhd (Pristine). Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata depot berkenaan akan dibina di atas tanah seluas 160 hektar milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Katanya, depot itu akan dikendalikan menggunakan teknologi moden tanpa memerlukan kapal berlabuh di pangkalan.

"Paip sepanjang 25 kilometer ke tengah laut akan dibina untuk menyalurkan minyak mentah dari kapal, minyak itu kemudiannya akan disalurkan ke depot di Gurun melalui paip sepanjang 17.9 kilometer dari Kuala Dulang, Yan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Azizan berkata, projek berkenaan dijangka siap dan akan mula beroperasi serentak dengan Sungai Limau Hidro Karbon Hub (SULIHH) pada 2013. Katanya, depot berkenaan mampu menyimpan sehingga satu juta meter padu minyak mentah yang akan dibawa dari Asia Barat sebelum dihantar kepada pelanggan Pristine. - Bernama

Isnin, 25 Mei 2009

POLIS TRAFIK DIREMPUH

ANGGOTA perubatan memberi bantuan kepada Koperal Shaharudin yang parah selepas dilanggar MyVi ketika mengiringi Menteri Besar, di Lebuhraya Darulaman, malam kelmarin.

Oleh Zuliaty Zulkiffli bhnews@bharian.com.my
Alor Setar: Seorang anggota polis trafik yang bertugas mengiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ke majlis perasmian Kelab Kedah Diraja di Lebuhraya Darulaman di sini, cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta di depan pintu kelab itu, malam kelmarin. Ketika kejadian jam 8.15 malam itu, Koperal Shaharudin Hussein, 47, sedang menahan kenderaan di lalu- lintas sebelum dirempuh sebuah Perodua MyVi dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun.

Selasa, 19 Mei 2009

TIM. PRESIDEN UST. AZIZAN TARIK DIRI


KUALA LUMPUR, 20 Mei 2009 - Dato' Seri Azizan Abdul Razak mengambil keputusan menarik diri dari merebut jawatan Timbalan Presiden pada muktamar Pas awal Jun ini.

Menteri Besar Kedah dalam kenyataannya itu memberitahu keputusannya disebabkan mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.

Menurut laman web Muktamar55.pas.org.my beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah menyatakan kesediaannya untuk bertanding mempertahankan jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat (AJK) yang disandangnya sejak lebih 10 tahun.

Azizan antara lima orang yang dicalonkan bertanding, melepaskan peluang jawatan tersebut kepada mereka yang lebih layak dan lebih muda untuk memimpin PAS di peringkat nasional.

Manakala dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut. Dua lagi yang dicalonkan ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa.

(Sumber : Harakah 20 Mei 2009)

Selasa, 28 April 2009

CERAMAH PERDANA DI POKOK SENA

  • YB TUAN GURU HJ. ABD HADI AWANG - PRESIDEN PAS
  • YB MAHFUZ OMAR - MP POKOK SENA
  • YB S MANIKUMAR - ADUN BUKIT SELAMBAU

Tempat : Padang bola Majlis Perbandaran Pokok Sena

Masa : 9.00 Malam

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Selasa, 21 April 2009

TIDAK WAJAR DENDA LETAK JAWATAN


ALOR SETAR 21 April 2009 - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan tidak wajar untuk mengenakan denda kepada wakil rakyat yang melepaskan jawatannya walaupun tanpa alasan yang kukuh.

Beliau berkata, ia merupakan hak seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen itu sendiri untuk membuat keputusan mengenai jawatan yang dipegang mereka kerana tiada sebarang perjanjian dibuat mengenai perkara berkenaan sewaktu dilantik.
"Pasal apa nak denda. Ikut suka dia, itu hak dialah. (Melainkan) Kalau masa kita lantik dia dulu kita cakap kamu tak boleh letak jawatan, kalau dia letak kita dendalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Asrama Puteri Madrasah At Taklimiah Al Khariah di Kampung Tok Keling di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai cadangan Pemuda Gerakan Kedah agar penalti RM50,000 bagi ADUN dan RM100,000 bagi anggota Parlimen yang melepaskan jawatan tanpa sebab munasabah. Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata, jika peletakan jawatan itu atas alasan bagi mendapat mandat baru daripada pengundi bagi ADUN terbabit untuk menyertai parti gabungan, penalti itu perlu dikurangkan separuh.

Dalam pada itu, mengenai penyebaran foto 'tidur' ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, Azizan meminta orang ramai supaya menghormati kehidupan peribadi wakil rakyat tersebut. Menurutnya, tidak adil jika seseorang itu mencerobohi ruang peribadi orang lain kerana ia bukan amalan budaya yang baik.

Sumber : Utusan Malaysia

Isnin, 13 April 2009

YB S. MANIKUMAR ANGKAT SUMPAH EXCO

ALOR SETAR - Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau yang diadakan 7 April lalu telah memberi kemenangan kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB. S. Manikumar, sekaligus menjadikan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau. Sebagai menunakan janji yang dibuat oleh YAB Menteri Besar terhadap pengundi Bukit Selambau, kini S. Manikumar dilantik pula sebagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pelantikan beliau telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Istiadat Pelantikan telah berlangsung di Istana Anak Bukit.

Upacara tersebut diadakan serentak dengan pelantikan Penasihat Undang-undang Negeri Kedah baru, YB. Tuan Anas Ahmad Zakie, menggantikan YB. Dato’ Zakiah Kassim yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri.

YB. S. Manikumar dan YB. Tuan Anas mengangkat sumpah di hadapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan menerima watikah pelantikan daripada baginda.
YB. S. Manikumar, 35, menggantikan bekas Exco V. Arumugam yang meletakkan jawatan pada Februari lalu.

Beliau kini merupakan Exco yang memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Turut berkenan berangkat pada istiadat itu adalah KDYMM Tuanku Sultanah, Sultanah Hajjah Haminah Haji Hamidun. Hadir sama ialah Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
@ Portal Rasmi Kerajaan Kedah

Selasa, 7 April 2009

PKR MENANG DI BUKIT SELAMBAU


SUNGAI PETANI 7 April 2009 - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S. Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.

Sabtu, 4 April 2009

NAIB PRESIDEN PPP ISYTIHAR KELUAR PARTI


Sungai Petani 4 April 2009 - Naib Presiden Parti Progresif Penduduk, Datuk V. Nadarajan mengisytiharkan keluar dari parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu ceramah yang turut dihadiri oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
Ketika mengumumkan perkara itu, Pengerusi PKR negeri, Johari Abdol berkata, kira-kira 6,000 ahli parti itu di Kedah turut mengikut jejak langkah Nadarajan. ( Utusan - 4 April 2009)

Sabtu, 21 Mac 2009

S. MANIKUMAR CALUN PKR B. SELAMBAU

Sungai Petani 20 Mac 2009: Parti Keadilan Rakyat, semalam menamakan usahawan, S Manikumar, 35, sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini. Pengumuman mengenainya dibuat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Permai, Sungai Lalang, di sini dan turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Manikumar ialah graduan Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di universiti sama. Beliau pernah menjadi pensyarah sambilan di UUM, selain bekerja sebagai jururunding pemasaran syarikat Thailand dan Tanzania.

Sementara itu, Azizan berkata, beliau yakin Manikumar mampu mempertahankan kerusi PKR di Bukit Selambau, sekali gus membolehkan seorang wakil masyarakat India disenaraikan dalam barisan Exco kerajaan negeri. Manikumar pula berkata, beliau berterima kasih kepada pucuk pimpinan PKR yang memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding di kerusi itu.

Arkib ucapan pemimpin : Dato Seri Anwar Ibrahim - isu Arumugam letak jawatan

Isnin, 16 Mac 2009

TERNAKAN IKAN KELI DALAM KANVAS


Untuk menternak ikan keli dengan mengunakan kanvas amat mudah disediakan. Modal untuk projek ini tidaklah memerlukan modal yang besar. Tambahan, kayu-kayu mudah diperolehi dari hutan yang berdekatan sekiranya kita tinggal dikampung.

Di samping modal apa yang lebih penting ialah minat dan ketekunan, itu adalah aset yang paling berharga untuk kita mencapai kejayaan dengan setiap pekara yang kita kita usahakan. InsyakAllah.

Di bawah ini saya nyatakan beberapa pekara yang perlu di sediakan untuk membena tempat ternakan ikan keli tersebut :
  • Kayu-kayu sokongan untuk kanvas - cari di hutan

  • Pasir alas kanvas - RM 80.00

  • Kanvas - RM 170.00 (seunit)

  • Telaga - kampung biasa ada kolam

  • Jaring plastik untuk bertindak sebagai bumbung - semeter RM 2.00

  • sistem paip air - RM 30.00

  • Pam air RM RM 150.00 - RM 200.00

  • Benih ikan keli terpulang banyak yang akan diisi, biasa 5000 ekor boleh lebih. Harga 7 sen - 12 sen seekor mengikut sais

Dari segi pemasaran hasil keluaran tidak menjadi masallah,sudah ada pemborong.

Untuk di kawasan Pokok Sena pembekal dan pemborong ikan keli adalah seperti berikut:

  1. ROFAQIH ENTERPRISE Peti 401 Kampung Jambu, Jalan Pancur, 06400 Pokok Sena Sila hubungi En. Abd Rahim Md Ayub HP: 013 5319585/ 013 4542624

  2. Z'APIL ENTERPRISE No. 231 Lorong Damai 9, Taman Damai, 06400 Pokok Sena. Ladang ternakan di Bukit Tembaga di lereng bukit berhampiran Balai Polis. HP: 019 5169293, 019 4969293, 019 5189293

Mereka juga boleh membekal kanvas, benih ikan, dedak ikan dan membeli hasil ikan yang kita keluarkan.

Khamis, 5 Mac 2009

KERAJAAN KEDAH SAMAN TV3

Izwan Abdul Halim Thu Mar 05, 09 3:18:35 pm
Alor Setar, 5 Mac 2009 (Harakah) - Kerajaan Negeri Kedah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 ekoran stesyen penyiaran itu berterusan menyiarkan berita yang disifatkan sebagai bohong dan berniat jahat.

"Pagi ini saya diberitahu TV3 ulang lagi bahawa Exco derhaka angkat sumpah, ini satu kenyataan yang tidak betul. Kita tidak tahu siapa derhaka. "Oleh kerana dah melampau sangat, saya sudah arah Dato' Penasihat Undang-undang Negeri mengambil tindakan undang-undang kepada TV3 dalam mesyuarat Exco tadi. Kerana dia ada 'mala fide' (berniat jahat) yang berterusan," tegas Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, di sini semalam.

Ujarnya, pada majlis mengangkat sumpah Exco Kerajaan Negeri kelmarin, beliau telah pun menerangkan kepada media bahawa beliau masih menunggu nama Exco tersebut. "Sebenarnya saya sudah terangkan semalam, kita sedang menunggu nama Exco yang dianggap menderhaka dan orang ramai pun tak ambil kisah sangat hal itu. Tuanku Sultan pun tidak ada apa-apa. Tuanku dengan sukacita melantik semua Exco. Jadi kalau sudah angkat sumpah depan Tuanku dan Tuanku pun telah perkenan tidak timbullah isu derhaka.

"Jadi kita nampak TV3 berniat buruk, berniat jahat maka wajarlah kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang ini. Jadi Penasihat Undang-undang Negeri akan ambil langkah yang perlu untuk itu," jelasnya ringkas.

Sebelum ini stesyen penyiaran yang sama telah beberapa kali ditegur Menteri Besar atas laporan-laporan mereka terhadap Kerajaan Negeri Kedah. Antaranya berkenaan penutupan Tabika Kemas, perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Taman Teknologi Tinggi Kulim, penggunaan payung kuning di raja dan jet eksekutif, pembalakan di sekitar kawasan tadahan air dan penternakan babi di Bukit Selambau.

Isnin, 2 Mac 2009

MENINGKATKAN EKONOMI RAKYAT

Oleh : @ tiblakedah.blogspot.com
Bagi kita yang berasal dari kampung, pulang ke kampung halaman adalah satu Rahmat. Banyak sebenarnya peluang yang kita dapat usahkan sekiranya kita mampu bersaing.
Memang benar, sesetengah kawan sepermainan kita yang membuat keputusan untuk terus menetap di kampung menempuh kejayaan demi kejayaan. Sesetengah mereka menjadi golongan contoh menjadi pengusaha, peniaga yang berjaya dan sebagainya.

Projek pertanian, Agrotek , untuk rakyat Kedah: Pengulungan Dato Hj Azizan Razak di DUN.
Bagi rakyat yang berminat kerajaan negeri Kedah pimpinan YB Dato Azizan Razak telah mengumumkan untuk membantu rakyatnya dalam projek pertanian Agrotex. Di antaranya ialah kerajaan telah mengalakkan rakyatnya untuk menjalankan usaha ternakan ikan patin yang akan dipasarkan ke Amerika yang akan diproseskan dalam bentuk palet.
Manakala ternakan ikan keli pula akan ditinkan untuk tujuan ekspot. Begitu juga dengan tanaman mangga yang banyak di pasaran tempatan, kerajaan akan membantu untuk mempasarkannya ke ke luar Negara terutamanya di Timur Tengah.

Usaha kerajaan ini sedang bejalan, sekira rakyat mahu meningkatkan pendaptan mereka, seharusnyalah kita bersama dengan kerajaan menjayakan usaha murni ini agar kehidupan mereka lebih bemakna .

Lawatan Exco Pembangunan Luar Bandar , Kerja Raya YB Hj. Phahrolrazi ke projek pertanian Agrotex

Ahad, 1 Mac 2009

PENAMAAN CALUN BUKIT SELAMBU










Jika anda Warga Kedah yang menyokong Pakatan Rakyat adalah di alukan untuk hadir beramai-ramai pada 29 Mac. 2009 besamaan hari Ahad sempena hari penamaan calun bagi pilihan raya kecil Bukit Selambu Kedah.
Sumbangan tenaga dan wang ringgit amat diperlukan jangan lepaskan peluang anda untuk memberi sokongan yang padu kepada calun kita.

KEBUDAK-BUDAKKAN PEMUDA UMNO KEDAH

Izwan Abdul Halim izwan@harakah.net.Sun Mar 01, 09 5:46:15 pm
Alor Setar 1 Mac 2009 (Harakah) - Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan Pemuda Umno menimbulkan isu bahawa Exco Kerajaan Negeri Kedah menghina Tuanku Sultan Kedah tanpa asas yang benar sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.

Beliau berkata demikian ketika diminta pihak media mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada malam sebelumnya.

"Kita buat laporanlah pasai apa, pertama sekali kita nampak ini publisiti murahan yang dibuat oleh pemuda Umno. Kalau (pemuda Umno) nak buat laporan pun biarlah ada asas. Kerana saya difahamkan dia dapat satu nota yang kata begitu begini.

"Mungkin dia jumpa (nota tersebut) di pasar orang buang, dia ambik, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali. Tak tahu nak bezakah di antara dialog ni; dua orang bercakap, di mana dialog (itu)?

"Ni cakap-cakap seperti ini dia ada 'mala fade', dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tunku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)?

"Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!" tegasnya sambil menyindir pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, di sini semalam.

Disoal media kemungkinan pihak tersebut mempunyai agenda untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Bukit Selambau, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan itu. "Kalau tak ada agenda dia buat untuk apa? Mesti ada agenda. Cari modal lainlah. Dia buat bising-bising macam tu yang untung kerajaan, orang simpati kepada kerajaan.

"Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), Kedah saja TV3 layan lagi, tak berapa cerdik, buat rugi masa saja," ujar beliau membidas stesen penyiaran tersebut.

Ditanya sama ada pihak istana memanggil beliau mengadap untuk menjelaskan perkara itu, Ustaz Azizan menegaskan bahawa tidak perlu untuk Tuanku Sultan memanggil beliau mengadap kerana beliau sendiri setiap minggu akan menghadap Tuanku Sultan.

"Tuanku tak perlu panggil mengadap, saya mengadap Tuanku tiap-tiap minggu. Baru ni saya mengadap Tuanku, saya sembang Tuanku senyum saja. Saya mengadap Tuanku setiap minggu, sebelum mesyuarat Exco. Baru ni saya mengadap Tuanku nak cerita tentang pelantikan Exco 3 Mac ini.

"Jadi sembang biasa, Tuanku pun (kata) "biasalah" Tuanku kata. Tuanku pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh, Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga. "Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah, budak-budak.

"Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!" tegas beliau menyebabkan sidang medianya itu diliputi gelak ketawa.