Selasa, 28 April 2009

CERAMAH PERDANA DI POKOK SENA

  • YB TUAN GURU HJ. ABD HADI AWANG - PRESIDEN PAS
  • YB MAHFUZ OMAR - MP POKOK SENA
  • YB S MANIKUMAR - ADUN BUKIT SELAMBAU

Tempat : Padang bola Majlis Perbandaran Pokok Sena

Masa : 9.00 Malam

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Selasa, 21 April 2009

TIDAK WAJAR DENDA LETAK JAWATAN


ALOR SETAR 21 April 2009 - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan tidak wajar untuk mengenakan denda kepada wakil rakyat yang melepaskan jawatannya walaupun tanpa alasan yang kukuh.

Beliau berkata, ia merupakan hak seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen itu sendiri untuk membuat keputusan mengenai jawatan yang dipegang mereka kerana tiada sebarang perjanjian dibuat mengenai perkara berkenaan sewaktu dilantik.
"Pasal apa nak denda. Ikut suka dia, itu hak dialah. (Melainkan) Kalau masa kita lantik dia dulu kita cakap kamu tak boleh letak jawatan, kalau dia letak kita dendalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Asrama Puteri Madrasah At Taklimiah Al Khariah di Kampung Tok Keling di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai cadangan Pemuda Gerakan Kedah agar penalti RM50,000 bagi ADUN dan RM100,000 bagi anggota Parlimen yang melepaskan jawatan tanpa sebab munasabah. Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata, jika peletakan jawatan itu atas alasan bagi mendapat mandat baru daripada pengundi bagi ADUN terbabit untuk menyertai parti gabungan, penalti itu perlu dikurangkan separuh.

Dalam pada itu, mengenai penyebaran foto 'tidur' ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, Azizan meminta orang ramai supaya menghormati kehidupan peribadi wakil rakyat tersebut. Menurutnya, tidak adil jika seseorang itu mencerobohi ruang peribadi orang lain kerana ia bukan amalan budaya yang baik.

Sumber : Utusan Malaysia

Isnin, 13 April 2009

YB S. MANIKUMAR ANGKAT SUMPAH EXCO

ALOR SETAR - Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau yang diadakan 7 April lalu telah memberi kemenangan kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB. S. Manikumar, sekaligus menjadikan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau. Sebagai menunakan janji yang dibuat oleh YAB Menteri Besar terhadap pengundi Bukit Selambau, kini S. Manikumar dilantik pula sebagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pelantikan beliau telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Istiadat Pelantikan telah berlangsung di Istana Anak Bukit.

Upacara tersebut diadakan serentak dengan pelantikan Penasihat Undang-undang Negeri Kedah baru, YB. Tuan Anas Ahmad Zakie, menggantikan YB. Dato’ Zakiah Kassim yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri.

YB. S. Manikumar dan YB. Tuan Anas mengangkat sumpah di hadapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan menerima watikah pelantikan daripada baginda.
YB. S. Manikumar, 35, menggantikan bekas Exco V. Arumugam yang meletakkan jawatan pada Februari lalu.

Beliau kini merupakan Exco yang memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Turut berkenan berangkat pada istiadat itu adalah KDYMM Tuanku Sultanah, Sultanah Hajjah Haminah Haji Hamidun. Hadir sama ialah Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
@ Portal Rasmi Kerajaan Kedah

Selasa, 7 April 2009

PKR MENANG DI BUKIT SELAMBAU


SUNGAI PETANI 7 April 2009 - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S. Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.

Sabtu, 4 April 2009

NAIB PRESIDEN PPP ISYTIHAR KELUAR PARTI


Sungai Petani 4 April 2009 - Naib Presiden Parti Progresif Penduduk, Datuk V. Nadarajan mengisytiharkan keluar dari parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu ceramah yang turut dihadiri oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
Ketika mengumumkan perkara itu, Pengerusi PKR negeri, Johari Abdol berkata, kira-kira 6,000 ahli parti itu di Kedah turut mengikut jejak langkah Nadarajan. ( Utusan - 4 April 2009)