Khamis, 9 Disember 2010

ISU AIR DI KEDAH

Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah membidas Umno negeri yang cuba menjadi juara dalam memburukkan kerajaan negeri setelah penyelewengan dalam isu air didedahkan.

Katanya, kenaikan tarif air di negeri Kedah adalah suatu pelarasan yang telah dilakukan setelah 17 tahun lalu bagi menampung kos yang semakin meningkat dalam pengurusan air tersebut.

Pada akhir September yang lalu Syarikat Bekalan Air Darul Aman (Sada) telah mengumumkan kenaikan tarif air di negeri Kedah setelah mendapat kelulusan dari Kerajaan Pusat.

"Kerajaan Pusat melalui Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air dan Kadar Bekalan Air Negeri Kedah 2010 telah menetapkan tarif air ini. Mereka juga yang memberi kelulusan terhadap kenaikan ini.

"Oleh kerana itu Umno tidak harus menuding jari kepada Kerajaan Negeri. Sebenarnya mereka takut penyelewengan yang telah mereka lakukan terbongkar," ujarnya lagi ketika menyampaikan ceramah isu semasa di markas PAS Kampung Pelet, Penanti, kelmarin.

Amiruddin yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, antara penyelewengan yang telah dikenal pasti berlaku ialah kos pembinaan loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai.

Bagi projek pembinaan di Lubuk Buntar kos sebenar adalah dalam lingkungan antara RM25 juta hingga RM30 juta sahaja. Namun begitu apa yang tertera ialah peningkatan mendadak sehingga RM65 juta.

Kos pembinaan loji pembersihan di Padang Sanai pula apa yang menjadi kesangsian ialah kos yang sebenarnya antara RM50 juta hingga RM60 juta, telah melambung sehingga RM155 juta.

"Ini semua adalah antara penyelewengan yang berlaku semasa Kerajaan Negeri belum dikuasai oleh Pakatan Rakyat lagi. Oleh kerana itu kita amat mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap adil dan cekap dalam menangani masalah ini setelah ianya dipaparkan melalui pelbagai sumber dan saluran," tegasnya lagi.
(Sumber: Harakahdaily)


Isnin, 11 Oktober 2010

Air: Pemuda PAS Kedah lapor SPRM

ALOR SETAR, 11 Oktober2010: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan kos pembinaan loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai di negeri itu.

Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Yahya berkata, pendedahan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini berkaitan penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan air di negeri itu mendorong pihaknya membuat laporan kepada SPRM.

“Kami dah buat laporan rasmi tentang penyelewengan isu air seperti mana yang disiarkan media sebelum ini dan kita serah sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

"Laporan setebal dua muka surat itu berjaya diserahkan terus kepada Pengarah SPRM Kedah, Datuk Idrus Jaafar di pejabatnya pagi tadi," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Azizan telah mendedahkan penyelewengan kos pembinaan loji pembersihan air di Padang Sanai berjumlah RM155 juta berbanding harga sepatutnya mengikut piawaian hanya di sekitar RM50 juta ke RM60 juta sahaja.

Satu lagi loji yang turut didedahkan ialah loji pembersihan air di Lubuk Buntar yang berharga RM65 juta berbanding harga sebenar di antara RM25 juta ke RM30 juta sahaja.

Turut bersama mengiringi Ahmad ialah Timbalan Ketua DPPNK, Muhammad Sanusi Md Nor, Naib Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Setiausaha DPPNK, Mohd Rosli Azmi dan beberapa Exco DPPNK.

Rabu, 6 Oktober 2010

MB Kedah serah SPRM siasat penyelewengan air

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat apa yang didakwanya sebagai penyelewengan berhubung isu air semasa Barisan Nasional memerintah negeri itu.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti banyak penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan BN membabitkan isu air dan setiap dakwaan adalah berasaskan fakta serta rekod.

"Kita tengok banyak penyelewengan dari segi harga contohnya pembinaan loji air di Lubuk Buntar (dekat Kulim) untuk 25 juta liter air, kos sebenar pembinaannya ialah antara RM25 juta hingga RM30 juta, tapi wang yang dibelanjakan ialah RM65 juta.

"Maklumat ini kita dapat secara tak rasmi, kalau nak yang rasmi SPRM kena cari," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad semalam bahawa pemimpin BN tidak takut dengan ugutan Azizan untuk mendedahkan mengenai penyelewengan berhubung isu air itu.

Azizan berkata bukan tugasnya untuk membuat laporan kepada SPRM sebaliknya sesiapa sahaja boleh berbuat demikian kerana beliau telah membuat pendedahan mengenai penyelewengan itu.

"Kerja lain banyak lagi nak buat. SPRM kan rajin, tengok (berdasarkan) kenyataan dalam blog pun mereka dah siasat," katanya.

- Bernama

Ahad, 23 Mei 2010

Kedah utuh, ADUN Pakatan tolak dakwaan lompat

Dakwaan kononnya kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususnya daripada PKR akan berpaling tadah, ternyata meleset.

Malam semalam pada perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS di Kota Sarang Semut, keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan mengulangi ikrar mereka akan tetap dengan perjuangan parti masing-masing, setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, ada pihak meramalkan mereka tidak akan menghadiri majlis ini.

Keempat-keempat mereka adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) diberi masa 15 minit untuk menerangkan pendirian mereka.

Semua mereka melahirkan rasa “tertekan” kerana menerima jumlah panggilan telefon yang tidak berhenti-henti daripada wartawan, penyokong, sahabat dan juga ahli parti untuk mengetaui sama ada dewan undangan negeri Kedah akan dibubarkan.

Sehubungan dengan itu, mereka berkata selepas penjelasan yang diberikan, mereka tidak akan melayan sebarang soalan lagi berhubung perkara berkenaan.

“Sorry-lah … jika ada media yang telefon dan tanya sama ada saya akan lompat, saya akan letak telefon,” kata Tan yang diberi peluang pertama menyatakan pendiriannya.

“Jika anda tanya benda yang sama berulang kali, orang tak mahu dengar-lah, sama seperti pecah rekod, berapa kali perlu saya cakap yang saya tak akan lompat?” katanya.

"Jika ia lagu yang sedap, saya tidak keberatan untuk dengar (berulang kali), tetapi ini adalah soalan bodoh.

"Saya penat dan bosan kerana terpaksa menjawab soalan yang sama berkali-kali. Biar ia dihentikan malam ini," katanya.

Manikumar pula yang bercakap dengan fasih dalam bahasa Melayu berkata kenyataannya sering-kali diputar oleh media bagi memperlihatkan kononnya beliau tidak berpuas hati dengan PKR dan pucuk pimpinan kerajaan negeri Kedah.

“Bila saya ditanya sama ada saya akan lompat, saya kata jika ia berlaku, perkara berkenaan perlu dianalisis dengan teliti, ia mungkin masalah ADUN itu sendiri, masalah dengan pemimpin atau kerajaan negeri, tetapi kata-kata saya diputar,” katanya.

“Saya bukan gila publisiti, saya selalu bincang dalam keadan tertutup, kita mesti bertolak ansur kerana rakyat menyokong saya semasa pilihan raya supaya saya menjadi wakil mereka, tetapi media ingin menjual suarat khabar, jadi Manikumar ingin letak jawatan dijadikan berita,” katanya.

Bagi ADUN Kulim (PKR) Lim Soo Nee, yang didakwa berpotensi paling tinggi akan melompat menceritakan dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh wartawan pada jam 1 pagi semata-mata untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.

“Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan terus bertanya dan saya tidak akan melayan mereka lagi kerana lagi dilayan mereka jadi lebih bersemangat,” katanya.

“Saya bukan 'katak' tetapi isu ini sudah berlanjutan, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi tolong jangan telefon saya mengenai perkara itu lagi,” kata Lim sambil menjeling ke arah wartawan yang membuat liputan itu.

Seorang lagi ADUN Pakatan iaitu Lee Guan Aik yang mewakili parti DAP bagi kerusi Kota Darulaman membidas media berhubung spekulasi itu.

“Di media Cina, kita diberi gred - 1, 2 atau 3 – dan ini menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan kita akan melompat atau berpaling tadah, tetapi nasib baik saya hanya diberi Gred 1 sahaja,” katanya dengan sinis.

"Ini cerita lama kerana BN tidak lagi berkuasa sejak dua tahun lalu dan mereka tidak tahu bagaimana menjadi pembangkang," kata Lim yang merupakan seorang bekas anggota tentera.

Ketua PKR Kedah, Ahmad Kassim, yang juga berucap sebelum majlis yang dihadiri lebih dua ribu orang itu berakhir pada jam 12 malam berkata kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undag ke atas mereka yang terus menyebarkan khabar angin berkenaan.

“Kita telah memberi mereka peluang dan ini amaran terakhir, sesiapa yang sebarkan nama orang yang akan lompat sama ada dengan sms, blog atau apa-apa, kita akan bertindak,” katanya.

Majlis malam itu diakhiri dengan ucapan daripada Menteri Besar, Datuk Azizan Abdul Razak yang menggunakan kiasan 'katak, monyet dan ketam' sehinga menyebakan hadirin gelak besar.

Beliau juga menasihatkan wartwan supaya tidak diperbodohkan dengan dakyah Umno dan berkata “Jika Umno bodoh sebarkan penipuan, adakah anda perlu menjadi bodoh juga?”

Katanya, khabar angin kononnya kerjaan negeri Kedah akan tumbang sengaja disebarkan kerana Umno tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka.

“Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah; sejak Merdeka, kita sentiasa kalah tetapi kita bersabar dan bila kita menang, Umno menggunakan pelbagai cara yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita,” katanya.

Sehubungan itu, Azizan menegaskan beliau tidak akan membubarkan DUN sebagaimana dihebohkan kerana menerima sokongan padu daripada semua 20 ADUN Pakatan Rakyat, termasuk empat wakil rakyat terbabit.

Azizan berkata, tiada ada alasan baginya membubarkan DUN hanya semata-mata mahu memenuhi spekulasi yang disebarkan Umno yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan dan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Katanya, semua keempat-empat ADUN itu menyatakan pendirian masing-masing tanpa dipaksa, sebaliknya dengan kerelaan sendiri serta tiada syarat dikenakan.

Rabu, 28 April 2010

Kerabat Kedah desak Azizan, Mohd Nasir mohon ampun

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdu:l Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dituntut memohon ampun daripada Sultan Kedah berikutan soalan berkaitan kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Negeri Kedah.

Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa memohon ampun kepada Sultan Kedah berhubung soalan berkaitan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Negeri itu.

Katanya, PKDK menganggap tindakan mempersoalkan bidang kuasa Sultan pada persidangan DUN tidak sepatutnya berlaku berikutan kedudukan baginda yang dijamin dalam Undang-Undang Tubuh Negeri sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri.

“Tindakan Mohd Nasir dengan sokongan rakan-rakannya meninggalkan satu titik hitam dalam sejarah. Kami menyeru rakyat Kedah memahami kedudukan Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun termasuk wakil rakyat,” katanya pada sidang media di sebuah dewan di Anak Bukit, di sini, semalam.

Tengku Zainol berkata, walaupun soalan lisan bernombor 3(a) dan 3(b) ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, ia masih tidak ditarik balik sepenuhnya daripada rekod dewan.

Ditanya jika tuntutan itu tidak dipenuhi, Tengku Zainol berkata, pihaknya masih tidak memutuskan tindakan susulan namun tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi mempertahankan kedaulatan institusi diraja Kedah.

“PKDK adalah badan bebas politik tetapi akan mempertahankan institusi raja, agama Islam dan Melayu daripada sebarang usaha dipolitikkan," katanya.

Terdahulu, seramai 15 ahli lima badan bukan kerajaan (NGO) bernaung di bawah PKDK mengadakan demonstrasi aman di pekarangan dewan itu bagi membantah tindakan ADUN Kubang Rotan mempersoalkan bidang kuasa Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri dan juga Kerajaan Pusat pada sidang DUN kelmarin.
(Sumber: Sinar Harian-29.04.2010)

Isnin, 26 April 2010

ADUN BUKIT LADA DILANTIK TIMB. SPEAKER

ALOR SETAR, 26 April 2010 : Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah meluluskan perlantikan Adun Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki (gambar) sebagai Timbalan Speaker Dun, hari ini.

Perlantikan Ahmad Izzat dicadang oleh Adun Sungai Limau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan disokong oleh Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan diluluskan dengan sebulat suara.

Rombakan barisan Exco Kedah baru-baru ini menyaksikan penyandang jawatan tersebut, Adun Ayer Itam, Abdul Ghani Ahmad telah dipilih untuk menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Pilihan raya umum yang lalu menyaksikan Ahmad Izzat memenangi kerusi Dun Bukit Lada apabila menewaskan Datuk Ariffin Man dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 208 undi.

Pada ketika ini, Pakatan Rakyat menguasai 20 kerusi di Dun Kedah, manakala BN (13) dan Bebas (dua).

Satu lagi kerusi, iaitu Kota Siputeh masih kekal kosong berikutan Adunnya hilang kelayakan kerana melanggari

(Sumber Harakahdaily)

Sabtu, 6 Mac 2010

YB MAHFUZ OMAR RASMI MARKAS TARBIYAH PAS BUKIT PAK KIAU, POKOK SENA

6 Mac. 2010 - Pokok Sena, satu majlis perasmian Markas Tarbiyah PAS cawangan Bukit Pak Kiau telah dirasmikan oleh YB Dato' Mahfuz Omar Wakil Rakyat Pokok Sena. Perasmian di hadiri oleh Ketua PAS cawangan, ahli PAS cawangan serta orang ramai. Perasmian dilakukan pada hari Sabtu 6 Mac. 2010 pada jam 3.00 petang.

Dato' Mahfuz menyampaikan sijil keahlian bau PAS cawangan.
PAS cawangan sudah berusia 25 tahun, layak untuk menyambut Jubli Perak, di antara ucapan YB Mahfuz. Beliau juga memberi nasihat di samping membena Markas, beliau mengharapkan agar ia diimarakkan supaya orang ramai dapat menggunakannya untuk majlis-majlis ilmu dan aduan massyarakat setempat.

Di akhir ucapan YB Mahfuz mengucapkan berbanyak terima kasih kerana PAS cawangan telah menyahut saranannya untuk membena sebuah Markas PAS cawangan semasa mesyuarant PAS cawangan yang beliau telah rasmikan berapa tahun yang lalu. Beliau dengan rasminya merasmikan Markas dengan ucapan "Bismillah". Bacaan doa telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Ayub.

Jumaat, 15 Januari 2010

SAAT KEPULANGAN YB MENTERI BESAR

YB Dato' Menteri Besar sedang bersalaman dengan orang ramai
YB Dato' Menteri Besar sedang memasuki kereta

'BANDAR SEJAHTERA' PLAK PERASMIAN

Wakil Media sedang menunggu ketibaan YB Dato' Azizan Razak untuk mendatangani plak perasmian 'Bandar Sejahtera Pokok Sena'. Plak perasmian 'Bandar Sejahtera Pokok Sena' sebelum ditandatangani
YB Dato' Ustaz Azizan Razak sedang melihat perasmian untuk ditandatangani
YB Dato' Ustaz Azizan Razak sedang menandatandatangani plak perasmian' Bandar Sejahtera Pokok Sena.

'BANDAR SEJAHTERA' MENIKMATI JAMUAN TENGAH HARI

Kelihatan MB YB Dato' Azizan sedang menikmati jamuan makan tengah hari bersama VIPMenikmati makan tengah hari . YB Dato' Mahfuz Omar dan YB Ustaz Ahmad Izat meraikan tetamu

'BANDAR SEJAHTERA' DI HIBURKAN OLEH ARTIS & UPIN DAN IPIN

Persembahan artis jemputan: Lagu ketuhanan
Kehadiran kanak-kanak disambut Upin dan Ipin
U & I Pin (facebook apa kata: Dr. Fauzi)

Get this widget | Track details |sekadar pilihan

'BANDAR SEJAHTERA' RUMAH CONTOH DALAM

Ruang tamu bahagian bawah
Bilik tidur utama bahagian bawah
Bilik tidur atas :YB Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria(kanan)
Bilik tidur anak-anak bahagian atas
Ruang dapur bahagian bawah

Khamis, 14 Januari 2010

'BANDAR SEJAHTERA' RUMAH CONTOH LUAR

Gambar di bahagian belakang - Kelihatan YB Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar (Nombor 3 dari kanan)
Gambar di hadapan sisi
Gambar di tepi kiriGambar hadapan sisi - Berkongsepkan Kehijauan, selesa, tenang dan sejahtera

'BANDAR SEJAHTERA' IKLAN PERASMIAN

Papan iklan sempena majlis pelancaran 'Bandar Sejahtera Pokok Sena'.