Rabu, 26 Ogos 2009

SULTAN PERKENAN RADZI GUGUR

LIM SOO NEE GANTI

ALOR SETAR, 26 Ogos 2009 : Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa Selasa, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, Rabu.

Menurut beliau lagi, Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.

Mohd Radzhi sebelum ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas. Berikutan tindakan itu, Azizan menghadap Sultan Kedah bagi menyerahkan surat memohon perkenan supaya Mohd Radzhi yang mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas digugurkan daripada jawatan Exco.

Tindakan itu dibuat berikutan Mohd. Radzhi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri bukan lagi mewakili komponen Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya menyifatkan tindakan Mohd Radzhi itu tidak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Mohd Radzhi sering dihebohkan dengan dakwaan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika menjadi Exco pula, dalam keadaan disifatkan sebagai gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga menyebabkian beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.
(Sumber : Zulkifli Sulong . Harakahdaily)

Selasa, 18 Ogos 2009

Mahkamah tinggi arah Berita Harian

bayar RM150 ribu kepada Mahfuz
Nazri Abdullah
Wed Aug 19, 09 10:26:30 am MYT
TERKINI- KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.
Berikutan itu satu sidang media khas akan diadakan jam 12 tengahari di Pejabat Pengurusan Harakah, No28,Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. Selain Mahfuz, akan hadir sama pada sidang media tersebut peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin.

Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta. Namun keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan. Perbicaraan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa.

Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram. Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman.

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran dan beliau kemudian ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa kepada Harakahdaily.

Jumaat, 14 Ogos 2009

SELAMAT BERTUGAS

KEPADA PAS KAWASAN POKOK SENA
Selamat Datang ke Permatang Pasir untuk menjalankan tugas dan selamat menyerjakan ibadah puasa.

Daripada : Teratak Impian Bukit Lala Pokok Sena, km 22 Jalan Kuala Nerang.