Sabtu, 21 Mac 2009

S. MANIKUMAR CALUN PKR B. SELAMBAU

Sungai Petani 20 Mac 2009: Parti Keadilan Rakyat, semalam menamakan usahawan, S Manikumar, 35, sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini. Pengumuman mengenainya dibuat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Permai, Sungai Lalang, di sini dan turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Manikumar ialah graduan Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di universiti sama. Beliau pernah menjadi pensyarah sambilan di UUM, selain bekerja sebagai jururunding pemasaran syarikat Thailand dan Tanzania.

Sementara itu, Azizan berkata, beliau yakin Manikumar mampu mempertahankan kerusi PKR di Bukit Selambau, sekali gus membolehkan seorang wakil masyarakat India disenaraikan dalam barisan Exco kerajaan negeri. Manikumar pula berkata, beliau berterima kasih kepada pucuk pimpinan PKR yang memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding di kerusi itu.

Arkib ucapan pemimpin : Dato Seri Anwar Ibrahim - isu Arumugam letak jawatan