Isnin, 25 Mei 2009

POLIS TRAFIK DIREMPUH

ANGGOTA perubatan memberi bantuan kepada Koperal Shaharudin yang parah selepas dilanggar MyVi ketika mengiringi Menteri Besar, di Lebuhraya Darulaman, malam kelmarin.

Oleh Zuliaty Zulkiffli bhnews@bharian.com.my
Alor Setar: Seorang anggota polis trafik yang bertugas mengiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ke majlis perasmian Kelab Kedah Diraja di Lebuhraya Darulaman di sini, cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta di depan pintu kelab itu, malam kelmarin. Ketika kejadian jam 8.15 malam itu, Koperal Shaharudin Hussein, 47, sedang menahan kenderaan di lalu- lintas sebelum dirempuh sebuah Perodua MyVi dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun.

Selasa, 19 Mei 2009

TIM. PRESIDEN UST. AZIZAN TARIK DIRI


KUALA LUMPUR, 20 Mei 2009 - Dato' Seri Azizan Abdul Razak mengambil keputusan menarik diri dari merebut jawatan Timbalan Presiden pada muktamar Pas awal Jun ini.

Menteri Besar Kedah dalam kenyataannya itu memberitahu keputusannya disebabkan mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.

Menurut laman web Muktamar55.pas.org.my beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah menyatakan kesediaannya untuk bertanding mempertahankan jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat (AJK) yang disandangnya sejak lebih 10 tahun.

Azizan antara lima orang yang dicalonkan bertanding, melepaskan peluang jawatan tersebut kepada mereka yang lebih layak dan lebih muda untuk memimpin PAS di peringkat nasional.

Manakala dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut. Dua lagi yang dicalonkan ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa.

(Sumber : Harakah 20 Mei 2009)