Isnin, 25 Mei 2009

POLIS TRAFIK DIREMPUH

ANGGOTA perubatan memberi bantuan kepada Koperal Shaharudin yang parah selepas dilanggar MyVi ketika mengiringi Menteri Besar, di Lebuhraya Darulaman, malam kelmarin.

Oleh Zuliaty Zulkiffli bhnews@bharian.com.my
Alor Setar: Seorang anggota polis trafik yang bertugas mengiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ke majlis perasmian Kelab Kedah Diraja di Lebuhraya Darulaman di sini, cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta di depan pintu kelab itu, malam kelmarin. Ketika kejadian jam 8.15 malam itu, Koperal Shaharudin Hussein, 47, sedang menahan kenderaan di lalu- lintas sebelum dirempuh sebuah Perodua MyVi dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun.