Rabu, 3 Jun 2009

KEDAH LULUS PROJEK DEPO MINYAK GURUN


Alor Setar : Kerajaan negeri Kedah hari ini meluluskan projek pembinaan depot simpanan minyak mentah di Gurun yang akan dikendalikan oleh Pristine Oil (M) Sdn Bhd (Pristine). Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata depot berkenaan akan dibina di atas tanah seluas 160 hektar milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Katanya, depot itu akan dikendalikan menggunakan teknologi moden tanpa memerlukan kapal berlabuh di pangkalan.

"Paip sepanjang 25 kilometer ke tengah laut akan dibina untuk menyalurkan minyak mentah dari kapal, minyak itu kemudiannya akan disalurkan ke depot di Gurun melalui paip sepanjang 17.9 kilometer dari Kuala Dulang, Yan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Azizan berkata, projek berkenaan dijangka siap dan akan mula beroperasi serentak dengan Sungai Limau Hidro Karbon Hub (SULIHH) pada 2013. Katanya, depot berkenaan mampu menyimpan sehingga satu juta meter padu minyak mentah yang akan dibawa dari Asia Barat sebelum dihantar kepada pelanggan Pristine. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan