4 Disember 2012
PENDANG – ‘Mak, adik pergi mana? Banyak kerja sekolah dia yang masih
tidak siap,’ itulah soalan Nurul Fitrah Sharul Anuar, 5, yang sering
ditanya berkenaan kembarnya Shahrul Fitri yang maut bersama neneknya
Munah Ismail, 64, selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Kobah
dekat sini pagi kelmarin.
Nurul Fitrah yang juga terlibat dalam kemalangan itu telah dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar akibat kecederaan yang dialami.
Ibunya, Naimah Khalid, 33, berkata, dia dan suami telah memohon untuk membawa anak mereka pulang ke rumah selepas mendapati Nurul Fitrah hanya mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki.
Menurutnya, mereka membawa anaknya itu pulang ke rumah petang kelmarin bagi menguruskan jenazah ibu dan anaknya.
“Selepas majlis pengebumian selesai kira-kira 5.30 petang kelmarin, Nurul Fitrah beberapa kali bertanya di mana adiknya pergi sehinggalah pagi ini (semalam) dia masih bertanya kerana ingin membuat kerja sekolah bersama-sama,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah mentuanya dekat Kampung Kobah semalam.
Naimah berkata, pertanyaan yang kerap kali diajukan anaknya itu membuatkan dia dan suami tidak mampu menahan kesedihan memandangkan mereka juga turut merindui anak kembar lelakinya itu walaupun redha dengan pemergiannya.
“Saya beritahu, Fitri telah meninggal bersama nenek, namun Fitrah hanya terdiam dan terus menatap kain selimut kesayangan adiknya yang baru dibeli oleh ayah mereka baru-baru ini.

"Dia juga hanya mendiamkan diri sambil melihat buku pelajaran
memandangkan dia masih lagi tidak boleh berjalan berikutan kecederaan
yang dialami," katannya.
Arwah berubah sebelum meninggal
Seluruh ahli keluarga kepada mangsa yang maut dalam kemalangan di Batu 13 Suku Kampung Kobah dekat sini tidak menyangka perubahan yang ditunjukkan arwah Munah dan Fitri merupakan petanda mereka akan pergi selama-lamanya.

Suami Munah, Ghazali Awang, 63, yang masih bersedih dengan pemergian
isteri dan cucunya sehingga dia tidak mampu melelapkan mata malam
semalam.
"Arwah banyak berubah sehingga malam sebelum kejadian arwah meminta saya untuk menyelimutkannya ketika tidur di ruang tamu bersama tiga cucu.
“Arwah juga turut menyerahkan semua wang yang disimpannya kepada saya dan turut memaklumkan bahawa dia (arwah) tidak sempat menggosok pakaian saya kerana sibuk dengan majlis kenduri.
“Dia juga turut memberitahu cucu sulung bahawa dia akan mati namun saya menganggap ia satu gurauan dan malam sebelum kejadian arwah dan semua cucu tidur awal tetapi tidak menyangka semua perubahan yang saya lihat adalah petanda dia ingin pergi selama-lamanya,” katanya.

Ghazali berkata, arwah cucunya sempat mencium adik bongsunya, Shahrul
Mulkan yang baru berusia setahun dan sempat bermain sebelum keluar
membeli roti canai di warung dekat rumah.
Tambahnya lagi, pemergian isterinya turut dirasai oleh rata-rata penduduk kampung kawasan ini kerana arwah merupakan Pengerusi Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) kawasan Kobah dan merupakan ketua masakan untuk majlis kenduri.
Arwah berkali-kali meluahkan hasrat ingin berkhatan
Sharul Anuar Ghazali, 32, masih lagi tidak dapat menahan rasa sedih setiap kali mengenangkan anak kembar lelakinya yang maut dalam kemalangan itu terutamanya mengenangkan kata-kata arwah yang beberapa kali meluahkan hasrat ingin berkhatan.

Shahrul turut memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang dengan kematian anak dan ibunya.
Arwah Fitri dan Munah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kobah.
Sinar Harian semalam melaporkan hajat seorang nenek membawa dua cucu kembarnya berjalan kaki untuk membeli roti canai di sebuah warung tidak kesampaian setelah dilanggar sebuah kereta yang terbabas di jalan Batu 13 Suku Kampung Kobah dekat sini pagi kelmarin.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan Munah dan Fitri maut manakala cucu perempuannya, Fitrah dan seorang penduduk kampung, Mohd Jailani Abd Rahman, 43, cedera.
Pemangku Ketua Polis Ibu Pejabat Polis daerah Pendang, Asisten Superintendan L Pubadi berkata, kereta yang melanggar mangsa dipandu seorang remaja lelaki bersama teman wanitanya masing-masing berusia 17 tahun.
Katanya, kereta terbabit turut merempuh lima motosikal yang berada di depan gerai roti canai menyebabkan seorang yang ketika itu berada di atas motosikal patah kaki kiri.

(Sumber: Sinar harian)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan