Sungai Petani 20 Mac 2009: Parti Keadilan Rakyat, semalam menamakan usahawan, S Manikumar, 35, sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini. Pengumuman mengenainya dibuat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Permai, Sungai Lalang, di sini dan turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Manikumar ialah graduan Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di universiti sama. Beliau pernah menjadi pensyarah sambilan di UUM, selain bekerja sebagai jururunding pemasaran syarikat Thailand dan Tanzania. Sementara itu, Azizan berkata, beliau yakin Manikumar mampu mempertahankan kerusi PKR di Bukit Selambau, sekali gus membolehkan seorang wakil masyarakat India disenaraikan dalam barisan Exco kerajaan negeri. Manikumar pula berkata, beliau berterima kasih kepada pucuk pimpinan PKR yang memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding di kerusi itu.
Arkib ucapan pemimpin : Dato Seri Anwar Ibrahim - isu Arumugam letak jawatan

Di samping modal apa yang lebih penting ialah minat dan ketekunan, itu adalah aset yang paling berharga untuk kita mencapai kejayaan dengan setiap pekara yang kita
Alor Setar, 5 Mac 2009 (Harakah) - Kerajaan Negeri Kedah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 ekoran stesyen penyiaran itu berterusan menyiarkan berita yang disifatkan sebagai bohong dan berniat jahat.
Alor Setar 1 Mac 2009 (Harakah) - Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan Pemuda Umno menimbulkan isu bahawa Exco Kerajaan Negeri Kedah menghina Tuanku Sultan Kedah tanpa asas yang benar sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.